Assalamualaikum ~.~

Sunday, 25 August 2013

raya 2013

Assalamualaikum….
SELAMAT HARI RAYA <3


Jadi, macam mana hari raya kawan? Mesti la seronok.. masing2 balik kampung.. tapi dila takde kampung.. dila dah memang duduk dekat kampung.. tak pe la kan.. seronok jugak.. sedara mara semua datang..

Apa yang seronok sangat raya tahun ni? Tahun ni raya pertama ziarah rumah opah dah atuk sedara yang dah lama tak pergi.. hari raya pertama memang buat perut dila macam nak meletup.. haha.. penuh dengan makanan.. setiap rumah makan nasi impit.. tapi yang seronoknye, dah besar2 ni pon dapat lagi duit raya.. haha.. Alhamdulillah..

Satu lagi yang lain raye tahun ni, dila dapat 3 kad raye dari kawan2 matrik.. terharu sangat.. daripada wani, masyi dengan alan.. dila tak de bagi ape pon.. nanti la, cadang nak bagi kad jugak la.. tapi bukan la kad raya.. tunggu je la ye.. hik3..

Raya yang ke berapa tak ingat, dila pergi banting klang.. tempat belajar dulu kat matrik.. tapi pergi sana bukan la tengok matrik 2, tapi ziarah keluarga arwah opah.. kat banting ada yang lain sikit.. rindu sangat dengan bumi banting, matrik, kawan2 matrik la yang penting..

Tapi kat sini nak pesan, hari raya bukan la hari untuk bersuka ria je tau.. puasa enam jangan lupe buat.. sempena raye ni, mohon la maaf kepada insan lain.. sebab memang adat hari raya kita ni bermaaf-maafan.. jadi, jangan la abaikan peluang ini..

Akhir sekali, sempena hari raya ni, saya Adilah Binti Buang, memohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki.. kesalahan yang sengaja atau tidak.. mengumpat belakang ke depan.. semualah.. yela dila ni mulut banyak sikit.. hehehe..


Bye, assalamualaikum..

gambar raye pertama.. hik3..


No comments:

Post a Comment