Assalamualaikum ~.~

Sunday, 25 August 2013

raya 2013

Assalamualaikum….
SELAMAT HARI RAYA <3


Jadi, macam mana hari raya kawan? Mesti la seronok.. masing2 balik kampung.. tapi dila takde kampung.. dila dah memang duduk dekat kampung.. tak pe la kan.. seronok jugak.. sedara mara semua datang..

Apa yang seronok sangat raya tahun ni? Tahun ni raya pertama ziarah rumah opah dah atuk sedara yang dah lama tak pergi.. hari raya pertama memang buat perut dila macam nak meletup.. haha.. penuh dengan makanan.. setiap rumah makan nasi impit.. tapi yang seronoknye, dah besar2 ni pon dapat lagi duit raya.. haha.. Alhamdulillah..

Satu lagi yang lain raye tahun ni, dila dapat 3 kad raye dari kawan2 matrik.. terharu sangat.. daripada wani, masyi dengan alan.. dila tak de bagi ape pon.. nanti la, cadang nak bagi kad jugak la.. tapi bukan la kad raya.. tunggu je la ye.. hik3..

Raya yang ke berapa tak ingat, dila pergi banting klang.. tempat belajar dulu kat matrik.. tapi pergi sana bukan la tengok matrik 2, tapi ziarah keluarga arwah opah.. kat banting ada yang lain sikit.. rindu sangat dengan bumi banting, matrik, kawan2 matrik la yang penting..

Tapi kat sini nak pesan, hari raya bukan la hari untuk bersuka ria je tau.. puasa enam jangan lupe buat.. sempena raye ni, mohon la maaf kepada insan lain.. sebab memang adat hari raya kita ni bermaaf-maafan.. jadi, jangan la abaikan peluang ini..

Akhir sekali, sempena hari raya ni, saya Adilah Binti Buang, memohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki.. kesalahan yang sengaja atau tidak.. mengumpat belakang ke depan.. semualah.. yela dila ni mulut banyak sikit.. hehehe..


Bye, assalamualaikum..

gambar raye pertama.. hik3..


Wednesday, 14 August 2013

eh utm ker???

Assalamualaikum……


Lama rasa nya x bukak blog ni.. So, Alhamdulillah la sbb de jgk kesempatan nk coret sikit ni..

Sebelum pause ni kerje kt kilang kerepek.. nak raye baru berhenti.. Alhamdulillah ad jugak rezeki nk masuk u nanti.. Then, raye pon asyik keluar beraye jer, xsempat2 nk bkk lappy ni.. Ni lapang sikit..

nak kongsi cerite pasal raye?? Xnak la.. lain nye post eh.. hehehe..
nk kongsi pasal u yang dila dapt.. tadi kan de cerita sikit pasal u.. so nk nak kongsi la ni.. hehe
dah nampak kan logo kt atas 2??? so,1 September 2013 ni bergelar la mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia(UTM). Yup, kat johor 2.. jauh kan?? Dari sabak bernam terbang ke johor.. mmg best.. mmg xpenah kot jejak kaki kat johor.. sekarang kene jadi orang johor.. 4 tahun plk 2.. In Sya Allah..

Firstly, dapat tau yang akn smbung kt sane mmg la happy.. Alhamdulillah coz dpt jgak dpt smbung belajar.. course yg dla nk plk 2.. Tapi sebab jauh sgt buat hati jadi berat.. boleh ke hidup kat sane.. 4 tahun plk 2.. klu matrik kt sane xpe la.. setahun jer.. ni degree..

Tapi lepas umi bg semangat, dla redha.. sejauh mana pon dla tinggalkan family, satu hari nnti dla kene jgak hadapi.. tak kire la berpisah ikut suami or berpisah selama-lamanya.. so, dla kuat kan semngat sebab umi.. belajar rerajin kat sane.. ingat sume pesan umi..

Now, get ready nak pergi johor.. seronok pe tgok negeri orang.. bosan jugak klu dduk kat Selangor jer.. xberkembang plk nnty.. nak nyer nnty kawin pon dgn org Selangor.. mmg sygi Selangor betul la.. huhuhu.

Sebelum 2 nak ucap tahniah buat rakan yang akn smbung belajar.. belajar rajin2 tau..


Bye2..

dimana keindahan wanita

Allah telah menciptakan kaum hawa dengan seribu satu keindahan. Malah, untuk melengkapkan keindahan itu, di kurniakan pula kepada mereka berbagai-bagai keistimewaan yang tidak terhingga dari segi dalaman mahupun luaran.secara disedari atau tidak, keistimewaan itulah yang sering kali kita eksploitaikan samada untuk kepentingan peribadi atau orang lain.

Kecantikan dan kelembutan adalah termasuk dalam keistimewaan itu.Tika menilik di hadapan cermin, seringkali tertanya-tanya “Dimana letaknya kecantikan seorang wanita pada diri kita?Mungkinkah pada sepasang mata hening beralis lentik yang selalu menjeling tajam kadang-kadang malu-malu memberi kerlingan manja?Atau boleh jadi pada bibir yang tidak pernah jemu menguntum senyuman semanis madu? Ataupun pada hidung mancung yang saban waktu menghidu haruman mawar-mawar indah di taman atau mungkin juga pada hilai tawa yang gemersik dan suara manja yang boleh melembutkan hati sekaligus menghangatkan perasaan?”

Sebenarnya berjuta-juta perkataan belum cukup untukmenceritakan dan mendefinisikan keindahan seorang wanita.Kitalah wanita itu, panjatkanlah kesyukuran kita ke hadrat Ilahi kerana menjadikan kita perempuan dan atas keindahan-keindahan itu.

Namun begitu, kecantikan bukanlah segala-galanya bagi seorang wanita.Walau secantik manapun wanita itu, ia masih belum dapat menjadi ukuran kepada kesempurnaannya.Kecantikan,walau serapi manapun dijaga,ia tetap akan pergi.Wajah yang sering ditatap di hadapan cermin, dibelai saban waktu, tetap akan suram dan berkedut apabila tiba waktunya.Kecantikan luaran hanya bersifat sementara, ia tidak akan kekal.Suatu yang tidak kekal akan tetap dimamah usia bila-bila masa saja.

Justeru,di manakah kecantikan sebenar seorang wanita?”Wanita adalah perhisan dunia dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”.Rasulullah tidak menyebut wanita cantik, wanita cerdik atau wanita sahaja, tetapi seindah perhiasan.Ini bermakna ada nilai yang lebih utama pada diri seorang wanita selain dari kecantikan, kecerdikan dan kehebatannya.

Nilai yang istimewa itu tidak lain dan tidak bukan adalah KESOLEHAN wanita itu sendiri.Bagi lelaki yang bijak dan soleh, mencari wanita solehah adalah sukar, lebih sukar dari mencari intan berlian.Nilai di hati seorang wanita solehah adalah amat tinggi, wanita solahah adalah selamat hatinya, yang dapat menyelamatkan diri di dunia dan akhirat.

.::AKU WANITA BIASA::.